.

KALIMAH SYAHADAH

KALIMAH SYAHADAH
Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Monday, November 28, 2011

SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 2011

Sambutan Maal Hijrah telah diadakan pada 27 /11/2011.
Majlis bermula jam 6.15 petang.
Dimulakan dengan Bacaan Yaasin
Diikuti dengan Tahlil
Bacaan doa awal tahun
Solat Maghrib
Bacaan doa akhir tahun
Ceramah olih Ustaz Khairul
Solat Isyak
Sooruu.


gambar atas Ustaz Hamid memimpin bacaan Yaasin Tahil dan Doa awal/akhir tahun.
Kelihatan Tuan Bilal,Haji Azhar,



gambar atas: Ustaz Khairul sedang menyampaikan ceramah beliau dengan tajuk
Hijrah, antara yg dianjurkan beliau supaya semua jemaah berhijrah dari yg lama kpd yg baru,
yg kurang baik kpd yg lebih baik,yg dah lama lebih 50 tahun tukar yg baru kerana dah banyak
yg rosak....


gambar atas : Jemaah sedang membaca yaasin beramai ramai. Berbaju merah sdr wahab
sedang khusyuk.


gambar atas kelihatan En Wan Aziz duduk dikerusi, walaupon kurang sehat namun
tetap hadir tidak mau ketinggalan.,berbaju biru En Hamzah.



gambar atas: dah penat ceramah Ustaz Khairul menjamu selera, nasi lauk kambing tuuuu.,
sabar Ustaz jgn tercokek tulang kambing lak...dihujung sekali Imam Dapat tengah sooruuu..
berdiri Haji Rahim sedang mengira siapa yg makan banyak...


gambar atas: Major sedang goreng en Mokhtar,entah apa laa yg dikelentong tuuu, Jubah putih Pak Sheikh Bilal,berbaju melayu hitam Haji Mokhtar.


gmbr atas : En Wahab sampai terbeliak biji mato mengunyah kambing,,sodap bonar laa tuu..



gmbr atas: abang Ali sedang jaga lauk, brother sebelah tu jaga air kottttt...



gmbr atas: En Wan Aziz dah tersandar kat tiang terlobeh makan..tak larat bangun tuuuu..





gmbr atas: Haji Ismail sedang menerangkan sesuatu,begitu kusyuk rakan sebelah mendengar
nya....yg heran si baju merah tu entah apo lah yg di tonung sampai tak berkodep, tuu laaa
makan banyak laiii....




Haji AZhar dan en Aziz tersenyum lebar tanda sodap dan puas lagi konyang..erkkk..

Tuesday, November 8, 2011

PILIHANRAYA 13

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah mahu pilihan raya umum ke-13 hanya diadakan selepas pembaharuan pilihan raya yang dijanjikan Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan.
Bercakap pada sidang media hari ini, Tengku Razaleigh (gambar) yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata pentadbiran Najib perlu melaksanakan cadangan pembaharuan pilihan raya selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selesai menjalankan kajian.
“Kita alu-alukan langkah kerajaan bawa perkara ini ke Parlimen, kita harap kerajaan dalam laksanakan cadangan pilihan raya selepas jawatankuasa ini selesai jalankan kajian. Kemudian baru panggil pilihan raya umum ke-13,” katanya.


Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata Putrajaya masih mempunyai masa untuk melakukan pembaharuan pilihan raya memandangkan mandat hanya akan berakhir April 2013.
Katanya, sekiranya pembaharuan pilihan raya tidak dilakukan penubuhan jawatankuasa khas itu disifatkan beliau sebagai “main-main dan macam drama.”
“Kami sebenarnya mahukan suruhanjaya diraja tapi jawatankuasa pilihan khas ini tiada masalah, biar mereka siapkan tugas kerana semua wakil parti politik ada di situ.
“Kita masih ada masa, tak perlu nak tergesa-gesa, kalau buat pilihan raya umum ke-13 awal nampak macam ia main-main dan macam drama. Bahkan orang BN (Barisan Nasional) juga mahu pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas jawatankuasa selesai jalankan tugas dan pembaharuan dilakukan,” katanya.

PROTES HALANG PRU 13

06
Nov
Protes Halang PRU-13 Jika Reformasi Tak Dilaksana
By Anwar Ibrahim


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang pilihan raya umum ke-13 daripada diadakan sebelum proses pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dilaksanakan.

“Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihan raya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (kiri) dalam satu kenyatan media.
Menurutnya, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, pilihan raya di negara ini hanya boleh diadakan selepas proses penambah-baikan dijalankan sekiranya kerajaan BN tidak mahu berdepan dengan kuasa rakyat.

“Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini.
“Jika pilihan raya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihan raya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.
Paling kotor
“Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan.
“Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihan raya kali ini hanya proses ‘palsu’ bagi menghalalkan regim terus berkuasa,” katanya.
Chegubard berkata selain sistem pilihan raya yang belum diperbetulkan, pentadbiran BN dijangka cuba mengambil kesempatan daripada musim tengkujuh dan musim haji bagi kelebihan mereka.


Justeru, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PKR berkata SAMM bersama dengan organisasi massa yang lain memberi amaran supaya perdana menteri memastikan segala kepincangan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki sebelum membubarkan Dewan Rakyat.
“Kami SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya memberi amaran kepada perdana menteri Malaysia bahawa pilihan raya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihan raya dilakukan.
“Proses penambahbaikan ini juga seharusnya satu proses ‘reformasi’ serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata,” katanya lagi.
Kekal berkuasa
Sementara itu, Harakahdaily memetik presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim (kanan) berkata, pihaknya dan NGO lain yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat untuk melakukan perubahan.
Katanya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihan raya.
“Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa perdana menteri akan melakukan pembubaran parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 10 Disember ini.

“Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan BN untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan,” katanya dipetik akhbar rasmi parti PAS.
Selain Chegubard, hadir pada sidang media itu, adalah Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.

Monday, November 7, 2011

Sambutan Aidiladha 2011 / 1432 Zulhijjah

Salam kepada semua para pembaca blog Surau Taman Sri Indah. Pertamanya, ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam.

Untuk pengetahuan anda semua, surau kami tidak terkecuali dalam melakukan ibadah korban. Pada tahun ini, 4 ekor lembu telah dikorbankan.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli jawatan kuasa Surau Taman Sri Indah yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan acara ini. Dan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada para penduduk Taman Sri Indah yang ikhlas membantu dan sama-sama bergotong-royong dalam majlis ini. Semoga ikatan silaturahim antara semua penduduk akan berkekalan selamanya.

Disini sedikit titipan gambar sekitar acara korban yang dilakukan di surau kami pada pagi 9 Zulhijjah 1432.




















Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah sama-sama menjayakan sambutan Hari Raya Korban Surau Taman Sri Indah pada tahun ini.

Diharapkan ia akan berterusan sehingga bila-bila. :)



KULIAH / CERAMAH / TAZKIRAH BULANAN

TARIKH : 29/06/2010

MASA : Lepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Taman Sri Indah


GURU : Ustaz Fadzil

PENGAJIAN : Tauhid