.

KALIMAH SYAHADAH

KALIMAH SYAHADAH
Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Sunday, October 24, 2010

PENGERTIAN DAN HUKUM QURBAN



Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

KORBAN 1431

Kepada semua anak qariah STSI dan bukan pemastautin diTSI dijemput mengambil bahagian dalam ibadah korban 1431. Yang berminat sila hubungi AJK surau. Tawaran ini dibuka sehingga 30/10/2010. Satu bahagian RM350.00 sahaja.
Tarikh akhir pembayaran ialah pada 30/10/10. segala bayaran hendaklah dibayar kepada AJK surau sahaja.Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK surau TSI.



MENTERA DIBOLIHKAN ASAL TIDAK BERCAMPOR SYIRIK


Hadith :
Dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i r.a katanya:”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?” Jawab baginda:”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.”

(Muslim
)


..Huraian....Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu) dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam. Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun sama ada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam perkataan lain, segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai ´al-asbab´ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya tentuan dan keizinan Allah S.W.T jua.

KULIAH / CERAMAH / TAZKIRAH BULANAN

TARIKH : 29/06/2010

MASA : Lepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Taman Sri Indah


GURU : Ustaz Fadzil

PENGAJIAN : Tauhid