.

KALIMAH SYAHADAH

KALIMAH SYAHADAH
Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Saturday, July 24, 2010

BEKAS AHLI NERAKA


Hadith :
Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:” Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam’. “

(al-Bukhari)


HuraianPernahkah kita membayangkan tentang neraka? Tentang kegelapan neraka yang sangat pekat? Rasulullah bersabda : “Api neraka dinyalakan seribu tahun hingga memerah, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun hingga memutih dan dinyalakan lagi seribu tahun hingga berwarna hitam. Dan jadilah neraka itu gelap pekat.” Pernahkah pula kita membayangkan tentang minuman ahli neraka? Allah berfirman “..dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumkannya air nanah tersebut..” (Ibrahim: 16) Rasulullah bersabda : “Ketika didekatkan ke mulutnya maka mulutnya terbakar dan kulit kepalanya menggelupas. Dan ketika dia meminumnya, maka terputuslah ususnya sehingga minumannya keluar dari duburnya”. Kenyataannya peringatan tentang neraka yang menyala-nyala adalah supaya hati kita dapat disedarkan kerana tidak ada yang akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka, yang mendustakan kebenaran dan berpaling dari iman.
Sumber :Jakim

4 comments:

  1. macam mana org kt dalam syurga boleh berkata mcm tu(‘orang-orang dari jahannam’)? setahu sy spttnya org kt dlm syurga tu mestilah seorg yg baik.. jika dia(ahli syurga) memberi nama yang boleh mengaibkan seseorg itu, layak ke die menjadi ahli syurga? nabi pernah berkate bahawa mengaibkan seseorg itu boleh dianggap berdosa besar.. boleh bg penerangan skit.. sy br blaja..

    ReplyDelete
  2. Hadith tersebut cuba membayangkan kepada umat manusia, bertapa Neraka itu adalah satu tempat yang sangat azab kepada setiap penghuninya. Neraka (neraka jahannam) adalah satu nama tempat.

    Memberi nama sesuatu kaum yang berasal dari sesuatu tempat, tidaklah dianggap melakukan dosa. Mereka layak berada di Syurga kerana mereka tidak melakukan dosa-dosa besar.

    Jika sesuatu kaum datangnya dari tempat yang hina lagi mengaibkan, maka kaum tersebut akan terhina walaupun tidak sebut orang.

    Bagaiman kita hendak menyebut 'orang-orang Italy' sedangkan orang-orang(kaum) tersebut datang dari Israel? tentu kita menyebut 'orang-orang Israel' juga.

    Tuan dengan sendirinya dapat membezakan dan menilaikan akan kedua-dua tempat ini, tanpa perlu ada orang menyebutnya. orang-orang dari manakah akan dipandang hina? 'orang-orang Italy' atau 'orang-orang Israel'?

    Peneranggan saya yang serba ringkas ini tidak bolehlah dianggap satu pelajaran, apalagi pada tuan :The Godfather: yang baru hendak belajar!

    Tuan :The Godfather: seharusnya mencari Guru-guru yang sebenar, lebih arif dan rapat dengan Islam, supaya tuan tidak mrasa terkeliru dan rugi!

    Andainya tuan berkemampuan, tuan boleh lah pergi berguru dengan 'orang-orang Mekah' atau memadailah sebagai asas, tuan boleh berguru dengan 'orang-orang Kelantan' yang terkenal dengan Pondok untuk belajar Ugama.

    Terima kasih.
    'wallahuaklam'

    ReplyDelete
  3. Setelah saya membuat komen disini, saya ingin berkenalan dengan tuan yang bijaksana!

    Tetapi kenapa begini?
    ----
    Profile Not Available

    The Blogger Profile you requested cannot be displayed. Many Blogger users have not yet elected to publicly share their Profile.

    If you're a Blogger user, we encourage you to enable access to your Profile.
    ----
    Harap beri penerangan saya baru belajar berbelog.

    ReplyDelete
  4. salam semua : Benarlah apa yg dicontohkan olih sahabat dottwin itu..neraka adalah suatu tempat pembalasan dan jahannam itu ialah neraka yg paling terok lah..maksud penghuni syurga itu mereka dari neraka jahannam..bukan menghina atau memanggil mereka jahannam..kalau nak pasti baiklah kita belajar supaya kita tak salah faham..diruangan yg terhad ini dan melalui tulisan susah untuk di perincikan..sila rujuk kepada yg arif..t/k.

    ReplyDelete

KULIAH / CERAMAH / TAZKIRAH BULANAN

TARIKH : 29/06/2010

MASA : Lepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Taman Sri Indah


GURU : Ustaz Fadzil

PENGAJIAN : Tauhid