.

KALIMAH SYAHADAH

KALIMAH SYAHADAH
Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Saturday, July 10, 2010

DOA MUSTAJAB

1.Golongan orang yang terdesak -ditimpa oleh malapetaka. Bacakan ayat Seribu Dinar – Surah Talak Ayat 2.

2.Doa orang yang kena zalim-contohnya pergi masjid kasut hilang. Doakan yang baik kepada orang yang mengambilnya semoga dengan doa ini si polan itu boleh menjadi baik dan tidak melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah.

3.Doa seorang bapa kepada anaknya. Doa bapa mudah dikabulkan oleh Allah. Bacakan surah Thaaha Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik.

4.Doa daripada seorang anak kepada kedua ibubapanya. Anak hendaklah sentiasa melihat kedua ibubapanya dengan senyum. Jika kita berbuat baik kepada kedua ibubapa, Insya Allah anak-anak kita akan berbakti kepada kita pula. Hendaklah selalu berhubung denga kedua ibubapa melalui telefon, jika tiada telefon berhubuglah dengan berdoa. Dengan cara berbaik-baik kepada kedua ibubapa ini beliau telah memberikan doa Nabi Zakaria tentang masalah susah mendapat zuriat. Doa tersebut bererti: (Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami dari sisi-MU keturunan(anak) yang baik; bahawasanya Engkau Tuhan yang sangat mendengar doa hamba-Mu).

5.Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa kehadirannya.

SUMBER AFERIZA

No comments:

Post a Comment

KULIAH / CERAMAH / TAZKIRAH BULANAN

TARIKH : 29/06/2010

MASA : Lepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Taman Sri Indah


GURU : Ustaz Fadzil

PENGAJIAN : Tauhid