.

KALIMAH SYAHADAH

KALIMAH SYAHADAH
Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Friday, July 30, 2010

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Setelah Abdullah dan Aminah berkahwain mereka tinggal dgn ibu bapa mereka..selang beberapa lam Abdullah pergi berniaga di Syria. Tetapi dlm perjalanan pulang Abdullah jatuh sakit dan meninggal di Yatsrib.
Beliau meninggal dlm usia yg muda..dia hanya meninggalkan sebuah rumah,5 ekor unta dan beberapa ekor kambing serta seorang budak perempuan namanya Ummu Aiman.
Aminah sedih dgn kematian suaminya apatah lagi ia sedang mengandung.Dengan sabar ia menunggu kelahiran anaknya. Setidak tidaknya anak yg lahirnanti menjadi teman penglipurlara serta penghibur duka yg ditanggungnya.
Akhirnya tibalah saat yg dinantikan itu,pada malam menjelang dinihari, Hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan tanggal 20 April 571 M. lahirlah seorang bayi lelaki.
Mendengar berita itu Datuknya Abdul Muthalib berlari kerumah Aminah lalu diangkatnya bayi itu dicium,didakap dan terus dibawa ke Kaabah. Ia tawaf serta berlari lari anak sambil mengendong bayi itu.
Pulang dari Kaabah ia terus berkata kpd menantunya Aminah "BAYI INI AKAN KU BERI NAMA MUHAMMAD.AKU BERHARAP SELURUH DUNIA SAMPAI AKHIR MEMUJI DIA (MUHAMMAD).
Sedangkan ibunya sendiri pula sudah menamai bayinya itu AHMAD. Nama Ahmad itu sudah disebut dalam Taurat dan Injil terdahulu . Kedua nama tersebut iaitu Muhammad dan Ahmad telah disebut juga didalam Al-Quranul Karim. ...bersambung....

No comments:

Post a Comment

KULIAH / CERAMAH / TAZKIRAH BULANAN

TARIKH : 29/06/2010

MASA : Lepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Taman Sri Indah


GURU : Ustaz Fadzil

PENGAJIAN : Tauhid