.

KALIMAH SYAHADAH

KALIMAH SYAHADAH
Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Saturday, July 17, 2010

NIK AZIZ TAK MAHU BINCANG POLITIK DGN MAHYUDDIN


Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk berunding atas prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dan bukannya untuk tujuan politik.Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding.""Tapi kalau soal royalti, saya mahu pengerusi jawatankuasa pembangunan ekonomi, kewangan dan kebajikan, Datuk Husam Musa ada bersama," katanya.Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno semalam berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana Umno menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu.Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara PAS dan Umno kerana parti itu sudah membuat keputusan sejak dua tahun lalu selagi Umno tidak menukar dasarnya."Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika Umno sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya.
SUMBER:Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

KULIAH / CERAMAH / TAZKIRAH BULANAN

TARIKH : 29/06/2010

MASA : Lepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Taman Sri Indah


GURU : Ustaz Fadzil

PENGAJIAN : Tauhid