.

KALIMAH SYAHADAH

KALIMAH SYAHADAH
Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Monday, July 5, 2010

PEMBERITAHUAN (BIL 04) – 5hb Julai 2010

Kepada semua anak qariah Surau Taman Sri Indah.

1. Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah – Mingguan

a. STSI telah menganjurkan bacaan yassin dan tahlil arwah pada setiap hari Khamis malam Jumaat selepas solat Maghrib
b. Setiap penyertaan dikenakan sumbangan ikhlas seminimanya RM10.00 sahaja.
c. Tuan/Puan juga digalakkan menaja jamuan ringan selepas majlis tahlil.
d. Borang tahlil boleh di dapati daripada AJK/Surau.

2. Israk Mikraj

a. STSI akan mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj pada 9/7/2010 bersamaan hari Jumaat.
b. Semua anak qariah dijemput hadir.

3. Moreh, Tahlil, Tazkirah Ramadhan 1431

a. STSI akan mengadakan Tahlil, Tazkirah dan Jamuan Moreh setiap malam pada bulan Ramadhan 1431. Penyertaan tahlil dikenakan sumbangan RM10.00. (Sumbangan lebih adalah dialu-alukan).
b. Setiap rumah dikenakan RM10.00 untuk perbelanjaan moreh (Sekali bayaran sahaja untuk sebulan).
c. Borang Tahlil boleh didapati daripada AJK/Surau.

4. Gotong Royong

a. Gotong-royong membersih surau sempena menyambut Ramadhan 1431 akan diadakan pada 7/8/2010, Hari Sabtu jam 8.00 pagi.
b. Semua anak qariah dijemput hadir

5. Sumbangan Ikhlas Tabung Surau.
a. Tuan/Puan boleh menghulurkan sumbangan ikhlas Tabung Surau TSI untuk perbelanjaan pengurusan surau.

6. PERINGATAN : Segala kutipan dan sumbangan hanya boleh dilakukan oleh AJK Surau sahaja.

“SEMOGA SUMBANGAN IKHLAS DAN AMAL BAIK ANDA DIBERKATI ALLAH S.W.T DAN DIBERIKAN GANJARAN BERLIPAT KALI GANDA… AMIN”

Yang Menjalankan Tugas,
Setiausaha Surau Taman Sri Indah

No comments:

Post a Comment

KULIAH / CERAMAH / TAZKIRAH BULANAN

TARIKH : 29/06/2010

MASA : Lepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Taman Sri Indah


GURU : Ustaz Fadzil

PENGAJIAN : Tauhid