.

KALIMAH SYAHADAH

KALIMAH SYAHADAH
Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Sunday, July 11, 2010

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 9 JULAI 2010



Pada 9 Julai 2010, Surau Taman Sri Indah telah menganjurkan sambutan Israk Mikraj. Seorang penceramah bebas telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai Israk Mikraj.

Setelah selesai ceramah, jamuan telah diadakan, dan semua anak qariah STSI adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis.

Video diatas adalah paparan mengenai semua AJK dan penduduk bersatu padu dalam membuat persiapan majlis sambutan tersebut.

Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Diharap kita dapat bekerjasama dan mengadakan pelbagai lagi program-program seperti ini.

Dengan adanya program seperti ini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara penduduk Taman Sri Indah.


No comments:

Post a Comment

KULIAH / CERAMAH / TAZKIRAH BULANAN

TARIKH : 29/06/2010

MASA : Lepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Taman Sri Indah


GURU : Ustaz Fadzil

PENGAJIAN : Tauhid