.

KALIMAH SYAHADAH

KALIMAH SYAHADAH
Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Tuesday, August 3, 2010

GANGGUAN SOLAT



Hadith :
Diceritakan oleh Ibnu Umar r.a bahawa nabi s.a.w pernah bersabda ketika perang di Khaibar:”Sesiapa yang memakan buah ini, iaitu bawang, maka janganlah dia mendekati masjid kita ini.”

(al-Bukhari)


HuraianBawang adalah sejenis tumbuhan makanan yang jika dimakan secara mentah akan menjadikan mulut si pemakan itu berbau busuk. Hal ini sudah tentu akan mengganggu orang lain yang duduk atau solat berdekatan dengan si pemakan. Oleh itu Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan umatnya berbuat demikian lebih-lebih lagi apabila hendak bersolat secara berjamaah. Demikianlah Islam begitu menjaga segenap aspek kesopanan dalam beribadat yang bukan sahaja tertumpu kepada hubungan dengan Allah malah sesama manusia juga supaya masing-masing dapat menghayati solat yang dikerjakan dengan sebaik-baiknya.

2 comments:

  1. saya suker makan bawang putih yang ditumis...hihihi

    ReplyDelete
  2. Bawang yang dicampur didalam kari atau dimasak bersama ramuan lain, kurang jadi masaalah, jangan dimakan mentah sahaja.. terutama bawang putih!

    hal ini termasuk juga memakan buah petai, buah jering dan sebagainya, yang mengeluarkan bau yang kurang enak.

    walau bagaimanapun, diwaktu ini kita ada pelbagai jenis pembersih mulut dipasaran yang boleh menghilangkan bau mulut.

    ReplyDelete

KULIAH / CERAMAH / TAZKIRAH BULANAN

TARIKH : 29/06/2010

MASA : Lepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Taman Sri Indah


GURU : Ustaz Fadzil

PENGAJIAN : Tauhid