Masjid Negara 25 Jun 2013, Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah menunaikan Solat Sunat Istisqa’ Perdana selepas Solat Zohor di Masjid Negara pada hari Selasa 25 Jun 2013 bersamaan 17 Sya’aban 1434H.
Solat sunat Istiqa’ diadakan bagi tujuan memohon doa dan perkenan kepada Allah SWT agar dapat mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah cuaca akibat dari kejadian jerebu yang melanda negara Malaysia.
Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara,JAKIM telah menyampaikan khutbah yang antara lain menyeru umat manusia agar mengambil iktibar dan menyedari kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya dan tiada kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar yang Maha Esa.
Umat Islam juga diseru untuk berdoa kepada Allah SWT agar pencemaran udara akibat jerebu akan semakin pulih dan rakyat Malaysia terpelihara dari sebarang wabak penyakit.
No comments:
Post a Comment